13 March 2016

26 PEKERJAAN GAJI TINGGI DI MALAYSIA TANPA PERLUKAN IJAZAH

Perkara yang sering kali diterapkan dalam benak minda sejak dari awal seseorang itu mendapatkan pendidikan adalah dengan," belajar rajin-rajin... biar dapat masuk Universiti (lulusan ijazah) barulah boleh hidup senang (gaji tinggi)". Di Malaysia, setiap belia yang mahukan pekerjaan dengan gaji yang lumayan perlu memiliki lulusan ijazah dari mana-mana institusi-institusi tinggi (Universiti). Tidak kiralah pemohonan di agensi kerajaan mahupun swasta.

Biarpun betul, namun terapan itu ternyata meleset sama sekali. Sebenarnya, tanpa ada kelulusan ijazah seseorang itu juga mampu berjaya mendapatkan masa depan yang cerah. Kelulusan ijazah dari Universiti bukanlah ukuran bagi seseorang itu mendapatkan pekerjaan yang tinggi dan lumayan gajinya. Yang ada ijazah pun ramai yang menganggur kini.

Bagi anda yang mempunyai kelulusan setakat SPM sahaja, usah risau gundah gulana. Sebenarnya, pekerjaan dengan gaji lumayan yang ada diluar sana, bukanlah semata-mata untuk mereka yang berkelulusan tinggi. Terdapat banyak peluang-peluang pekerjaan yang boleh kita ceburi dan terokai.

Berikut adalah 26 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.

1. Ahli Politik
Terdapat ahli politik Malaysia yang berjawatan tinggi dalam parti dan kerajaan dengan hanya berbekalkan sijil SPM. Walaupun demikian, pengalaman berpuluh tahun dalam politik dan pentadbiran sudah cukup mematangkan mereka untuk menjadi Pemimpin Berjiwa Rakyat 1 Malaysia. Malah, sudah ada yang berjaya menjawat jawatan tertinggi di peringkat negeri. 

2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit trust / unit amanah. Terdapat 36 bank dan institusi kewangan yang menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka. Pulangan return (Dividen dan Kenaikan harga saham) biasanya 10%-15% setahun. 

**Berminat : Hubungi Adi 012-5588680.
3. Konsultan Takaful / Insurans
Cara untuk menjadi konsultan Takaful ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan (http://www.takafuleexam.com/tbe/introduction). Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah AIA Takaful, Great Eastern Takaful, Takaful Ikhlas, Prudential BSN Takaful, Etiqa Takaful dan lain-lain. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini..

4. Agen Hartanah
Salah satu kerjaya yang menawarkan pulangan yang lumayan adalah sebagai agen hartanah. Hartanah adalah terdiri dari rumah teres, kondo, flat, tanah kosong, tanah pertanian, lot kedai, pejabat, kilang dan pelbagai lagi. Pelbagai hartanah ini memberi peluang untuk agen menjual apa sahaja malah kalau anda lihat di laman web hartanah ada sahaja pelbagai hartanah ini untuk dijual setiap hari. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan. Contohnya melalui laman web http://www.transasia.my/, http://www.hartanahhot.com/

5. Konsultan Perancang dan Pengurusan Harta Pusaka, Hibah dan Wasiat
Juga dikenali sebagai ‘wealth distribution / estate planning’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap perancangan dan pengurusan harta pusaka. Bidang ini masih memerlukan ramai konsultan untuk membantu umat Islam merancang harta pusaka agar tidak menyusahkan dan memberi mudarat kepada waris.
**Khidmat Nasihat Harta Pusaka, Hibah, Wasiat : Hubungi Adi 012-5588680 

6. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimanapun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. 

7. Safety & Health Officer (SHO)
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard DOSH. (Jangan lupa, gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar). SHO kalau ada certificate green book income boleh mencapai 5 angka sebulan. Untuk mendapatkan Green Book ini, anda perlu lulus 4 paper ujian selepas kursus SHO (http://www.niosh.com.my/) dan mempunyai pengalaman >3 tahun dalam bidang safety.

8. Sales Executive/ Marketing Consultant

Pekerjaan sales atau marketing biasanya dianggap remeh padahal memiliki potensi pendapatan yang besar. Meskipun pekerjaan ini adalah pekerjaan level bawah, jika anda bijak mencari pelanggan dan mendapatkan jualan, maka anda pasti memperolehi pendapatan lumayan. Contohnya jurujual kereta.

9. Peniaga Online (Dropship)
Ramai orang sangka bahawa untuk memulakan sesuatu perniagaan online memerlukan modal besar, namun anda silap kerana anda mampu berjaya dalam bidang ini tanpa menggunakan modal yang besar. Anda boleh bermula dengan konsep dropship, di mana anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk stok barang. Cukup dengan mengeluarkan kos iklan dan pemasaran. Anda hanya perlu mengambil order sahaja. Pos barang dan produk semua diurus pemilik produk. Mudah bukan? Ramai yang sudah berjaya menambahkan pendapatan mereka dengan hanya berusaha keras sebagai ejen dropship.

10. Pemandu teksi Uber 
Anda mempunyai kereta sendiri dan mempunyai masa lapang? Apa kata anda gunakan kereta anda untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan hanya memandu. Tahukah anda, syarikat teksi terbesar di dunia, iaitu UBER membayar gaji kepada pemandu mereka pada setiap minggu. UBER hanya mengenakan caj sebanyak 20% daripada bayaran penumpang sebagai caj mereka. Contohnya, dalam seminggu, pendapatan adalah sebanyak RM100, UBER akan mengenakan caj sebanyak RM20. Jadi, pemandu UBER akan menerima bayaran sebanyak RM80 terus ke akaun mereka. Details di https://www.uber.com/cities/kuala-lumpur/

11. Multi Level Marketing (MLM )
Network marketing juga satu pekerjaan legal yang telah melahirkan ratusan jutawan. Kelayakan hanya lah rajin promote, rajin datang function, training, coaching. Untuk menyertai MLM, anda hendaklah melihat produk yang berkualiti dan berpotensi serta status nama dan kewangan syarikat di peringkat global. Selalunya, jika syarikat tersebut mengeluarkan produk terbaru, dalam jangka masa 8 bulan -1.5 tahun sahaja produk itu meletup di pasaran. Dalam tempoh 1-2 bulan pengenalan produk terbaru, jika anda buat kerja ini betul-betul, anda bakal bergelar jutawan. Bukan sahaja menjadi jutawan, tetapi bagus personaliti dan bijak berkata-kata.

12. Blogger 
Memang tidak dinafikan, kerjaya sebagai seorang blogger mampu memperoleh pendapatan (gaji) yang amat lumayan dan tinggi. Menjadi seorang blogger itu, sememangnya tidak memerlukan sebarang kelulusan kerana dia adalah boss dan dia juga adalah pekerja. Lebih menguntungkan, pendapatan blogger (benar-benar berjaya & berpengaruh) boleh dikatakan mampu menyaingi pendapatan mereka yang bekerja dengan kelulusan yang tinggi. Dengan blog itu terdapat berbagai cara untuk mereka mengaut pendapatan yang sangat-sangat menguntungkan. Antara medium utama pendapatan blogger diperoleh adalah dengan pengiklanan. 

13. Pemain Bola Sepak
Siapa sangka, pemain bolasepak tempatan yang beraksi dalam liga tempatan kini mampu bergelar jutawan. Kalau sebelum ini, kerap juga kita dengar mengenai gaji pemain bolasepak yang terlalu rendah. Namun kini rata-rata mendapat gaji yang lumayan. Ada yang mendapat gaji melebihi RM100,000 sebulan.

14. Artis
Kini ramai yang berlumba-lumba mahu menjadi artis. Pelbagai program realiti menjadi pentas dan jalan pintas buat mereka mengecapi dunia glamour. Pelakon  mendapat pendapatan yang lumayan berbekalkan wajah yang cantik / hensem dan bakat yang dipunyai mereka.

15. Pemetik Buah Kelapa
Macam tak percaya kan petik kelapa boleh dapat gaji tinggi? Tapi berdasarkan iklan ni korang kena percaya.

16. Wireman
Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

17. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah (Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

18. RoHS officer
RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

19. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas. Elaun harian yang diterima pastinya dapat menambahkan pendapatan. namun perlu ingat bahawa kerjaya sebegini perlu berkorban untuk berjauhan dengan keluarga.

20. Welding Inspector
21. Welding QC Co-ordinator
22. Plant Inspector
23. Offshore Inspection
24. Non-destructive Testing
25. Plastics Welders
26. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)

+++++++++++++++++++++++++++
PELBAGAI KURSUS DITAWARKAN 

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (www.dsd.gov.my)

+++++++++++++++++++++++++++

Sebenarnya Sijil, Diploma, Ijazah bukan la penentu kejayaan hidup seseorang. Yg paling penting DISIPLIN, USAHA, KERJA KERAS, TIDAK MUDAH PUTUS ASA dan TAWAKAL kpd ALLAH S.W.T adalah kunci yg membawa anda kepada kejayaan. Ada PHD pun kalau pemalas tetap jadi sampah masyarakat.  


🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

Consultant Pelaburan Anda
Mohd Rosyaidi (Adi)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

*******************************

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵


ARTIKEL POPULAR
============

🔴 HOME


PELUANG TAMBAH INCOME 
===================
💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time. 
💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.
💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.



================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================  

18 February 2016

11 KELEBIHAN UNIT TRUST

  • Modal Rendah

    • Dengan pelaburan minima RM1,000, pelabur dah pun dikira melabur dalam saham-saham mewah seperti Maxis, Axiata, TNB, Sime Darby dan banyak lagi.
    • Ia boleh dilaburkan secara tunai atau melalui Pengeluaran KWSP.
    • Jadilah Orang yang BIJAK. Tingkatkan SIMPANAN KWSP anda menjadi berkali ganda TANPA mengeluarkan MODAL. Berminat nak tahu?



  • Professional Management

    • Terdapat Sekumpulan Fund Manager yang akan menguruskan portfolio pelaburan Fund anda.
    • Mereka SANGAT BERPENGALAMAN (>10 tahun) dalam bidang kewangan, ekonomi dan pelaburan.
    • Kita perlu yakin dengan kepakaran yang dimiliki mereka. Just invest and let them do their work.



  • Diversification 

    • Unit Trust melabur dalam pelbagai saham syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
    • Biasanya ia dilaburkan dalam banyak sector/ segmen portfolio – construction, health care, oil and gas, telecommunication, consumer products dan sebagainya. 
    • Kebaikannya, jika ada antara saham syarikat yang dilaburkan itu rugi, kesannya dapat diperlahankan (dilute) jika saham syarikat lain memberikan keuntungan.
    • Walaupun kita hanya melabur RM1,000 dalam unit trust, namun kita boleh dikatakan sudahpun melabur saham di syarikat2 besar seperti Axiata, Sime Darby dan sebagainya.



  • Investment Costs

    • Oleh kerana Fund Manager melabur saham di syarikat2 terpilih secara pukal dan kuantiti yang besar (juta-juta), maka kos2 terlibat dapat dikurangkan / diberikan diskaun.
    • Apabila kos2 ini dikurangkan, maka sebahagian besar duit kita boleh dilaburkan terus dalam unit trust.



  • Capital Gains

    • Dengan melabur Unit Trust, kita akan beroleh 2 perkara: Dividen dan Capital Gains (kenaikan harga unit)
    • Kelebihan Unit Trust adalah kerana harga unitnya tidak tetap dan sentiasa turun dan naik. Kenaikan harga memberikan keuntungan kepada pelabur.
    • Kita digalakkan membeli ketika harga rendah dan dapatkan keuntungan apabila harganya meningkat.



  • Ease Of Transaction

    • Terdapat pelbagai cara untuk melabur.
    • Agen / konsultant akan menerangkan cara yang paling mudah untuk membolehkan pelaburan dilakukan.
    • Ia boleh dilaburkan secara Tunai atau melalui Pelaburan menggunakan Akaun EPF.



  • Advantage Of Compounding

    • Duit pelaburan anda akan ‘beranak bercucu dan bercicit’ menjadi satu amaun yang besar.
    • Dengan kadar pulangan yang tinggi, ianya berupaya menjadikan anda jutawan semasa anda bersara kelak.




  • Ringgit Cost Averaging/ Dollar Cost Averaging

    • Ini adalah salah satu strategi dalam memaksimakan keuntungan Pelaburan Unit Trust
    • Kita secara konsisten melabur setiap bulan dan menambah pelaburan ketika harga murah.
    • Secara purata, harga unit yang dibeli akan menjadi lebih rendah dan menguntungkan untuk jangka masa panjang.



  • Liquidity (Kecairan)

    • Ia mudah untuk ditunaikan.
    • TIADA TEMPOH MATANG dalam Unit Trust. Kita boleh 'cash' kan unit kita apabila objektif pelaburan kita sudah tercapai.
    • Namun adalah digalakkan untuk melabur minima 3 tahun untuk hasil yang lumayan.
    • Proses pengeluaran/jual unit/ redeem/ cash out biasanya mengambil masa sehingga 10 hari.



  • Hedge Against Inflation

    • Dengan pulangan yang tinggi, ia adalah instrumen pelaburan yang mampu MEMBERIKAN RETURN MELEBIHI INFLASI.
    • Dengan teknik strategi yang betul, anda bukan sahaja boleh mendapatkan pulangan melebihi inflasi, malah mampu memperoleh kadar pulangan yang tinggi dan lumayan.
    • Anda inginkan pulangan >20% setahun melalui Pelaburan Unit Trust?



  • Pulangan Tinggi

    • Terdapat banyak fund yang terbukti mampu memberikan return pulangan >15% setahun.
    • Malah ada fund yang mampu memberikan pulangan purata 30% untuk tempoh 10 tahun.



    Penulis,
    Group Financial Consultant,

    📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
    📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
    📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

    Unit Trust | Private Mandate | Bitcoin & Crypto | ASB Financing 



    ARTIKEL POPULAR
    ================================
    DISCLAIMER :
    Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
    Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
    ===============================

    05 February 2016

    MANTAPKAN SIMPANAN TABUNG HAJI ANDA!

    Dapatkan artikel saya yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my/

    Alhamdulillah. 
    .

    Semalam Tabung Haji telah mengumumkan bonus untuk para pendeposit bagi tahun 2015. Bonus yang diumumkan ialah Bonus Tahunan 5.00% untuk semua penyimpan dan juga Bonus Haji 3.00% bagi mereka yang belum menunaikan Haji, sehingga simpanan maksimum RM9,980.

    .

    Sebagai contoh pengiraan, jika anda memiliki RM20,000 dalam akaun sepanjang tahun 2015. Bonus yang akan anda terima ialah: (9,980 x 8%) + (RM10,020 x 5%) = RM1,300

    .

    Dividen/Bonus Tabung Haji 2006-2015
    .
    SIMPANAN PELABURAN RM10,000 (LUMPSUM)
    .
    Diversify. Anda digalakkan mempelbagaikan medium simpanan dan pelaburan. Saya ingin syorkan anda untuk menyimpan dan melabur dalam Amanah Saham / unit Trust yang InsyaAllah mampu memberikan lebih pulangan. Ianya juga patuh syariah.

    .

    Sebagai contoh kiraan, selepas 10 tahun simpanan RM10,000 anda di Tabung Haji dengan anggaran dividen 8% setahun (purata dividen 2006-2015 = 8.04%), jumlah terkumpul adalah RM21,589 (kiraan kasar).

    . 

    Dan jika anda melabur di Amanah Saham / Unit Trust yang memberikan pulangan 15% (anda nak tahu dana yang boleh memberikan pulangan >15% setahun?), wang RM10,000 anda akan berganda menjadi RM40,455.

    .

    Kesimpulannya, 

    1) Jika anda menyimpan RM20,000 dalam Tabung Haji, wang anda akan menjadi RM43,178 (kiraan kasar dengan pulangan 8% setahun).

    2) Jika anda menyimpan RM10,000 dalam Tabung Haji (pulangan 8% setahun) dan melabur RM10,000 di Unit Trust (pulangan 15%), wang anda akan menjadi RM62,000 (kiraan kasar).

    .

    Beza Pulangan Simpanan Tabung Haji dengan Dividen Bonus 8.0% dan Pelaburan Amanah Saham / Unit Trust dengan Pulangan 15%
    .
    .
    SIMPANAN PELABURAN PERMULAAN RM1,000 DIIKUTI SIMPANAN TETAP RM200 SETIAP BULAN (POTONGAN GAJI / AUTODEBIT)
    .
    Pelan Simpanan dengan Modal Permulaan RM1,000 dan ditambah dengan Bayaran Bulanan RM200 sebulan. (Potongan gaji / Autodebit).
    .

    Sebagai contoh kiraan, selepas 10 tahun simpanan permulaan RM1,000 + Bulanan RM200 setiap bulan anda di Tabung Haji dengan anggaran dividen 8% setahun (purata dividen 2006-2015 = 8.04%), jumlah terkumpul adalah RM39,708 (kiraan kasar).


    Dan jika anda melabur di Amanah Saham / Unit Trust yang memberikan pulangan 15% (anda nak tahu dana yang boleh memberikan pulangan >15% setahun?), wang permulaan RM1,000 + Bulanan RM200 setiap bulan anda akan berganda menjadi RM60,083.

    .

    Kesimpulannya, 

    Jika anda gabungkan kedua-dua medium simpanan, jumlah terkumpul selepas 10 tahun adalah RM39,708 + RM60,083 = RM99,791. Wow!
    .
    Simpanan Tabung Haji dan Unit Trust. Simpanan permulaan RM1,000 dan diikuti simpanan tetap RM200 sebulan.



    Penulis,
    Group Financial Consultant,

    📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
    📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)
    📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

    Unit Trust | Private Mandate | Bitcoin & Crypto | ASB Financing 



    ARTIKEL POPULAR
    ================================
    DISCLAIMER :
    Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
    Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
    ===============================